Sabtu, 24 Oktober 2009

At-Tauhid


Pengertian Tauhid

1. Dari segi bahasa ‘mentauhidkan sesuatu’ beerti ‘menjadikan sesuatu itu esa’.

2. Dari segi syarie tauhid ialah ‘mengesakan Allah didalam perkara-perkara yang Allah sendiri tetapkan melalui Nabi-Nabi Nya iaitu dari segi Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma’ Was Sifat’.



Pensyariatan Tauhid

Az Zariyat 51:56; Al Baqarah 2:21 dan An Nahl 16:36.



Tauhid Sebagai KewajiBan Terbesar

1. Tauhid merupakan materi dakwah pertama para Rasul.

2. Tauhid merupakan terminal pertama dan langkah terawal bagi mereka-mereka yang ingin menempuh jalan kepada Allah.

3. Apabila tauhid wujud dalam diri seseorang secara sempurna, maka tauhid akan mencegah seseorang itu masuk neraka.

Nabi saw bersabda: Tidak seorangpun bersaksi bahawa tidak ada ilah yang haq selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul Nya benar-benar dari hatinya kecuali Allah akan mengharamkan atasnya neraka. (Hadis Riwayat Bukhari)

4. Apabila tauhid ada dalam diri seseorang (walaupun seberat biji sawipun), ia akan mencegah dari kekal di neraka selamanya.



Kepentingan Tauhid

1. Syarat pertama diterimanya amal seseorang hamba. (Al Anam 6:88)

2. Menjadi perangsang dan harapan menuju ke syurga dan menyelamatkan diri daripada api neraka.

Telah bersabda Rasulullah saw: Dua hal yang menentukan. Bertanya seorang lelaki: Ya Rasulullah! Apa yang dimaksudkan dengan dua hal yang menentukan itu?, Beliau menjawab, Barangsiapa mati menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka ia masuk neraka dan barangsiapa mati tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka ia masuk jannah. (Hadis Riwayat Muslim)

3. Memberikan seseorang itu harapan agar dapat menerima syafaat daripada seseorang yang boleh memberikan syafaat. (Al Mukmin 40:18)




Pembagian Tauhid



1. Tauhid dari segi ithbat (menetapkan tujuan, maksud dan permintaan)

a. Uluhiyyah

2. Tauhid dari segi ma’rifah (mengenal)

a. Rububiyyah

b. Asma’ Was Sifat



Tauhid Rububiyyah

1. Beriman kepada Allah dari segi perbuatan dan kekuasaan Nya terhadap makhluk Nya dengan mempercayai, membenarkan, mengakui, serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa hanya Allah sahajalah yang menciptakan, mewujudkan, mematikan, memberi rezeki, memiliki, mentadbir, memelihara, memberi manfaat dan mudharat untuk seluruh alam semesta serta semua makhluk di dalamnya termasuk diri kita. (Ali Imran 3:83; Al An’am 6:102; Al A’raf 7:54)

2. Sekadar mengakui bahawa hanya Allah berkuasa keatas alam semesta belum memenuhi kehendak Tauhid Rububiyyah.

3. Yang dimaksudkan dengan mentauhidkan Allah dari segi Rububiyyah dengan sebenar-benarnya ialah mengaku secara rela bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa keatas alam semesta tanpa ada sebarang kuasa yang mencampuri atau mempengaruhi atau mengganggu urusan Allah.

4. Mentauhidkan Allah dari segi Rububiyyah (walaupun dengan penuh keikhlasan) belum lagi memenuhi perintah tauhid yang sebenarnya.

5. Allah menegaskan di dalam Al Quran bahawa orang-orang kafir dan musyrik yang menentang Nabi-Nabi pun mengimani tauhid Rububiyyah. (Al Ankabut 29:61-63; Az Zukhruf 43:87; Yunus 10:31)

6. Oleh itu setelah mengakui kewujudan serta sifat Rububiyyah Allah, seseorang itu perlu beriman kepada Uluhiyyah Allah pula.

7. Sekiranya tidak mahu beriman kepada Uluhiyyah Allah, akan dinamakan sebagai ‘beriman dalam keadaan musyrik (mensyirikkan Allah)’. (Yusuf 12:106)



Tauhid Uluhiyyah

1. Berilmu dan mengakui hanya Allah yang berhak atas Uluhiyyah dan Ubudiyyah dari semua makhlukNya. Juga mengkhususkan segala bentuk peribadatan kepadaNya dan memurnikan dien hanya untuk Allah sahaja.

2. Ini dengan cara memperhambakan diri (taat dan tunduk/ patuh) hanya kepada Allah dengan meyakini bahawa seluruh kehidupan kita hanya untuk taat kepada Allah sahaja baik lahir mahupun batin dengan mengamalkan peraturan/ perlembagaan/ undang-undang/ hukum-hakam Allah sahaja dalam segala aspek kehidupan dengan mengikuti Rasulullah saw serta mengamalkan sunnahnya. (Az Zariyat 51:56; Al Hijr 15:99)

3. Tauhid Uluhiyyah merupakan intipati persoalan Tauhid dan merupakan zahir dan batinnya Islam. Semua Rasul juga diutus untuk menegakkan tauhid ini. (An Nahl 16:36)

4. Tauhid Uluhiyyah meliputi Tauhid Rububiyyah sedangkan Tauhid Rububiyyah belum pasti akan meliputi Tauhid Uluhiyyah. Dengan Tauhid Uluhiyyah terbahagilah manusia kepada mukmin atau kafir (termasuk musyrik, munafik atau murtad) yang akhirnya menentukan nasib di akhirat samada syurga atau neraka.

5. Terdapat tiga unsur Tauhid Uluhiyyah iaitu Ibadah Khusus, Hakimiyah dan Al Wala’ Wal Bara’.

a. Tauhid Uluhiyyah Ibadah Khusus

i. Beriman bahawa sesungguhnya hanya Allah yang berhak memperhambakan manusia dan hanya Allah yang layak menerima ibadah daripada makhluknya. (Az Zariyat 51:56)

ii. Ibadah adalah segala perintah Allah yang disukai Nya termasuk doa, zikir, tawakal, solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain pengamalan berbentuk penyembahan ataupun perbuatan lisan atau hati.

iii. Semua ibadah mesti ditujukan kepada Allah sahaja.

iv. Seseorang yang enggan melakukan ibadah kepada Allah atau memberikan ibadah kepada selain Allah bermakna orang sedemikian tidak mentauhidkan Allah dan telah melakukan syirik.

b. Tauhid Uluhiyyah Hakimiyah

i. Beriman bahawa sesungguhnya hanya Allah yang mempunyai hak mutlak dan tertinggi untuk mencipta syariat (menetapkan perintah dan larangan kepada makhluk Nya), memperhambakan manusia dan hanya Allah yang layak menerima ibadah daripada makhluknya.

ii. Semua perlembagan manusia disemua peringkat (dari individu hingga bernegara) secara praktikal mesti dibawah Syariat Islam.

iii. Syariat Allah hendaklah sentiasa yang tertinggi dan tidak boleh wujud sebarang ketetapan dari mana-mana pihak yang menandingi hak Allah.

iv. Barangsiapa meyakini kewujudan suatu kuasa yang lebih tinggi atau setaraf dengan perintah Allah maka orang yang sedemikian sudah tidak lagi mentauhidkan Allah dan telah melakukan syirik.

v. Tauhid Uluhiyyah Hakimiyah menuntut semua perlembagaan atau undang-undang atau ketetapan mestilah mengikuti hukum Allah secara menyeluruh dan wajib dijadikan satu-satunya sumber hukum tertinggi. (Yusuf 12:40,67)

vi. Tidak boleh wujud sebarang peraturan yang dibuat oleh manusia yang bertentangan dengan hukum Allah walaupun hanya satu hukum.

vii. Apabila ada manusia yang berani menggunakan salah satu saja hak mutlak Allah (seperti membuat peraturan/ perlembagaan/ undang-undang/ hukum-hakam), beerti dia menandingi Uluhiyyah Allah dan dia termasuk musyrik. (Al Maidah 5:44)

viii. Barangsiapa yang membenarkan hukum rekaan manusia yang bertentangan dengan hukum Allah maka ia juga telah tidak mentauhidkan Allah.

ix. Juga barangsiapa yang merasakan sistem hidup ciptaan manusia seperti komunis, kapitalis, demokrasi, nasionalisme, republik dan sebagainya setaraf atau lebih sempurna (dari segi keadilan, praktikal, keperluan jiwa manusia, kesesuaian dengan zaman atau apa jua bentuk perbandingan) dari Islam, maka dia telah batal tauhidnya.



c. Tauhid Uluhiyyah Al Wala’ Wal Bara’

i. Tauhid ini merupakan persoalan kepimpinan.

ii. Untuk mentauhidkan Allah, perlu ada pemimpin yang mendaulatkan hukum Allah.

iii. Wala’ adalah mencintai, menolong, simpati, menghormati secara lahir dan batin pemimpin bagi orang-orang beriman.

iv. Bara’ pula menjauhi, berlepas diri, memusuhi sistem batil (sistem syirik) dan pemimpinnya.

v. Sikap yang jelas dan tegas (wala’) mestilah kepada Allah dan Rasul Nya serta orang-orang yang mengikuti Allah dan Rasul Nya. (Al Maidah 5:55-56)

vi. Sebaliknya sikap memusuhi (bara’) mestilah ditujukan kepada semua orang-orang yang memusuhi Allah dan Rasul Nya. (Al Maidah 5:51; Al Mumtahanah 60:1-4; Ali Imran 3:118)



6. Dengan ketiga-tiga unsur Tauhid Uluhiyyah ini dapat disimpulkan bahawa orang-orang yang bertauhid dengan Tauhid Uluhiyyah ialah orang-orang yang:

Ibadahnya ditujukan kepada Allah dan hanya kerana Allah dengan tatacara mengikut sunnah Rasulullah saw.

a. Bersedia bernegara hanya dengan negara Islam.

b. Menolak, membenci dan memusuhi semua tatacara ibadah bid’ah serta hukum (undang-undang/ perlembagaan/ peraturan) yang tidak bersumberkan dari Al Quran dan As Sunnah Nabi saw dan memusuhi semua negara yang bukan Daulah Islamiyah.

c. Mengisi kehidupan untuk menegakkan Syariat Islam dan berjihad untuk menegakkan Kepimpinan Islam.



Tauhid Asma’ Was Sifat

1. Menetapkan bahawa Allah mempunyai nama-nama yang baik dan sifat-sifat yang mulia, tinggi, sempurna yang sesuai dengan kebesaran Nya dan keagungan Nya, yang sama sekali berbeza dengan nama dan sifat manusia. Kesemua nama-nama ini termaktub di dalam Al Quran dan As Sunnah.

2. Kita harus mengakui dan menetapkan semua asma’ dan sifat Allah yang termaktub di dalam Al Quran tanpa melakukan ilhad (menyimpangkan nama-nama dan sifat-sifat Allah, menyimpangkan hakikatnya dan menyimpangkan maknanya daripada kebenaran) sedikitpun (Asy Syura 42:11) iaitu dengan cara:

a. Melakukan tahrif iaitu merubah dan mengganti lafaz nama-nama Allah (Al Asmaul Husna) dan sifat-sifat Nya atau makna-maknanya dengan cara menambah, mengurangi atau merubah bentuk lafaz. Termasuk juga didalam kategori ini ialah melakukan perubahan/ pentakwilan pada makna. Contoh bagi permasalahan ini ialah menafsirkan Yadullah (tangan Allah) dengan kekuasaan Allah. (Shad 38:75)

b. Melakukan ta’thil iaitu meniadakan sifat-sifat ilahiyah daripada Allah, mengingkari keberadaan sifat-sifat tersebut pada Zat Allah atau mengingkari sebahagian daripadanya.

c. Melakukan takyif iaitu bertanya tentang kaifa (bagaimana). Contohnya ialah bertanya tentang bagaimana bentuk atau keadaan istiwa’nya (bersemayamnya) Allah di arasy (Thoha 20:5). Untuk menjawab soalan seperti ini kita menggunakan jawapan Imam Malik Rahimahullah: Istiwa’ itu diketahui/ dimaklumi (maknanya), bagaimana keadaan istiwa’ itu mahjul (tidak diketahui), beriman tentangnya adalah wajib dan bertanya tentangnya merupakan bid’ah.

d. Melakukan tamsil iaitu menyerupakan zat dan sifat sesuatu (samada makhluk atau sesuatu yang tidak ada) dengan zat dan sifat Allah atau menyerupakan zat atau sifat Allah dengan zat atau sifat sesuatu (samada makhluk atau sesuatu yang tidak ada). Contohnya ialah perbuatan orang-orang kristian yang menyerupakan Al Masih Isa Putera Maryam as dengan Allah dan menyerupakan pendengaran Allah dengan pendengaran manusia. (Asy Syura 42:11)

3. Ahli Sunnah Wal Jamaah menerima keseluruhan nama-nama dan sifat-sifat Allah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Allah bagi diri Nya sendiri atau yang telah ditetapkan oleh Rasulullah saw (melalui Al Quran dan As Sunnah) dan menafikan keseluruhan nama-nama dan sifat-sifat yang dinafikan Allah bagi diri Nya atau yang telah dinafikan oleh Rasulullah saw.

4. Ahli Sunnah Wal Jamaah juga menganggap bahawa Asmaul Husna itu kesemuanya menunjukkan kepada sifat-sifat Allah. Contohnya nama Ar Rahman dan Ar Rahim itu menunjukkan sifat rahmah bagi Allah dan nama As Sami’ dan Al Bashir pula menunjukkan kepada sifat Allah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat. Telah berkata Ibnu Qayyim: Nama-nama Rabb swt menunjukkan sifat-sifat kesempurnaan Nya, kerana ia diambil dari sifat-sifat Nya. Jadi ia adalah nama sekaligus sifat, dan kerana itulah ia menjadi Husna (baik). Sebab andaikata ia hanya lafaz-lafaz yang tidak bermakna maka ia tidak disebut Husna dan juga tidak akan dapat menunjukkan kepada pujian dan kesempurnaan.




Pengertian Syirik



Dari segi bahasa syirik beerti berkongsi atau ikut serta melakukan sesuatu perbuatan.

1. Dari segi syarie pula syirik beerti:

a. Sesuatu yang berlawanan dengan mengesakan Allah ataupun ‘tauhid’.

b. Beriman kepada Allah tetapi percaya ada kekuasaan lain selain Allah yang menguasai makhluk, kehidupan, kematian dan keberuntungan atas diri segenap makhluk ini. (Al Furqan 25:2)

c. Mempercayai adanya sifat kesempurnaan pada diri sendiri atau orang lain. (An Naziat 79:24)

d. Menyembah selain kepada Allah dalam bentuk apa pun. (An Nisa 4:36; Az Zumar 39:64-66)



Syirik Dalam Tauhid Rububiyyah

1. Meyakini ada yang mengatur alam selain Allah.

2. Tidak mahu meyakini Allah sebagai Rabb Semesta Alam.

3. Meyakini ada ilah lain selain Allah (seperti al andad/ tandingan-tandingan dan al arbab/ pembuat hukum yang ditaati)



Syirik Dalam Tauhid Uluhiyyah

1. Memalingkan peribadatan kepada selain daripada Allah.



Syirik Dalam Tauhid Asma’ Was Sifat

1. Menafikan salah satu atau kesemua nama-nama Allah atau sifat-sifat Allah.

2. Menyerupakan sifat-sifat Allah dengan makhluk.

3. Menyelewengkan makna dan hakikat bagi setiap sifat-sifat Allah.



Syirik Besar

1. Mengeluarkan seseorang daripada Islam.

2. Pelakunya akan kekal didalam neraka selama-lamanya.

3. Menghapuskan amalan pelakunya. (Al Anam 6:88)

4. Beberapa contoh syirik ini ialah:

a. Syirik dalam berdoa. (Al Mu’min 40:60; Al A’raf 7:194; Al Isra’ 17:56-57)

b. Syirik dalam niat, kehendak dan tujuan.

c. Syirik dengan menghalalkan kemungkaran dan rela melihatnya tersebar.

d. Syirik dalam ketaatan.

e. Syirik dengan mengaku tahu persoalan ghaib. (Al Jin 72:26-27; Al An’am 6:59; Al A’raf 7:188)

f. Syirik dengan berhukum bukan kepada hukum Allah. (Yusuf 12:40; An Nisa’ 4:60; Al Maidah 5:43-50)

g. Syirik dalam kecintaan. (Al Baqarah 2:165; At Taubah 9:24)



Syirik Kecil

1. Segala jalan yang memungkinkan muncul darinya syirik besar berupa hasrat, perkataan atau perbuatan selagi belum sampai darjah ibadah.

2. Amalan yang sedang diperbuat akan terhapus.

3. Diancam masuk neraka sesuai dengan amalan yang dilakukan.

4. Tidak terkeluar daripada Islam dan tidak kekal di neraka buat selama-lamanya.

5. Contoh syirik jenis ini ialah riya’.

Telah bersabda Rasulullah saw: Sesungguhnya perkara yang paling saya bimbang kalau-kalau menimpa kamu sekalian ialah syirik kecil. Lalu para sahabat pun bertanya: Apakah gerangannya syirik kecil itu wahai Rasulullah? Maka beliau pun menjawab: Syirik kecil itu ialah perasaan riya’ dan bermuka-muka (ingin dilihat orang) bahawa dia selalu melakukan perkara kebajikan. (Hadis Riwayat Ahmad Dengan Isnad Jayyid)



Bahaya Syirik

1. Syirik besar menghapuskan semua amalan. (Al Anam 6:88; Az Zumar 39:65)

2. Pelaku syirik besar akan kekal di neraka dan diharamkan memasuki syurga. (An Nisa 4:48)

3. Amal yang sedang dilakukan oleh pelaku syirik kecil akan tertolak. (Al Kahfi 18:110)



Syirik merupakan Dosa Terbesar

An Nisa’ 4:48 dan Luqman 31:13



Wallahu'alam bis showab!

1 komentar: